Kajang, 8 Feb. - Rumah itu ada tangga. Rumah itu pun ada tiang. Bawah rumah itu ada reban ayam. Rumah itu rumah kampung. Dibina dari kayu balak berlian yang jati dan utuh. Sudah 1400 tahun lebih masih lagi utuh. Hebat bukan?
Makin hari makin ramai yang ingin berteduh dalam rumah itu. Mestilah. Siapa yang tak mahu. Hari-hari ada saja ganjaran makanan dan perlindungan disediakan. Jaminan rumah itu kekal selama-lamanya semakin jelas. Tak seperti rumah sana. Kayu dindingnya makin ditebuk penghuni. Makin berlubang. Dulu penghuni rumah sana adalah penghuni rumah sini juga. Tapi penghuni buat hal. Rosak rumah sana.
Jom cerita tentang rumah kampung itu lagi. Rumah itu ada tangga. Maksudnya kalau ingin masuk pintu rumah itu perlu meniti anak tangga itu. Di tepi tangga itu ada tempayan berisi air tadahan hujan. Boleh diceduk dengan batuk yang disediakan. Ramai orang yang masuk pintu rumah itu melalui tangga itu. Tapi terkadang ada orang lupa basuh kaki. Kotoran kaki pun terkesan pada lantai rumah itu. Tapi tak mengapa bisa dicuci dengan peluntur kotoran lantai.
PELIK TAPI BENAR. Ada juga orang yang ingin bertamu di rumah itu dengan memanjat tiang pada rumah kampung itu. Entahlah. Mungkin dulu pun ada juga tradisi penghuni rumah kampung sana mungkin. Rumah yang makin dirosakkan itu. Tapi apa yang pasti ramai yang memanjat adalah seperti kera memanjat tiang lampu jalan berbesi tahan karat. Pasti terkandas.
Ada yang masuk reban ayam di bawah rumah kampung itu. Busuk seluruh badan akibatnya. Ada yang jatuh terlentang pada tanah keras itu. Sakit tulang belakang padahnya.
Tadi ramai lagi yang bergayut di tiang itu. Menjerit-jerit memanggil orang kampung bertamu di rumah kampung itu sambil mengikut gaya mereka memanjat tiang itu. Hairan. Apa fungsi tangga di pintu itu? Ada juga 'monyet-monyet' itu bersahutan memaki hamun orang yang meniti tangga sana. Ramai juga orang kampung terpengaruh dengan jeritan liar itu.
Mari kita muhasabah di mana peranan kita. Apakah kita patut menyokong monyet-monyet di tiang itu dengan menerima jelas pemikiran palsu itu? Menyempitkan laluan ke arah kebenaran itu satu yang benar? Jangan lagi terpengaruh. Ayuh bertindak. -Agensi Istaqi Nova-